MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

 

~*JULIANA SOPHIE*~
SEK MEN SEKSYEN 9
3 DEDIKASI
PUAN MASYITOH

 

 

PENGHARGAAN

  

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, Allah SWT dan berterima kasih kepada pihak sekolah iaitu SMKS9, Shah Alam kerana telah memberi tugasan kepada saya dan rakan-rakan tingkatan 3 untuk menghasilkan sebuah projek folio kerja kursus sejarah ini. Tugasan ini akan memberikan banyak kesan positif terhadap pelajar-pelajar. Banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan dapat kami perolehi dengan menghasilkan projek ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang membantu saya dalm menghasilkan folio saya ini dengan baik. Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga kepada guru kelas saya selaku guru mata pelajaran Sejarah kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam proses menghasilkan folio ini dengan teliti dan tepat. Tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberi maklumat tentang kajian yang hendak dikaji. Ibu bapa saya juga banyak memberi dorongan dan kerjasama untuk projek saya ini. Segala kerjasama ini amat saya hargai dan dapat membantu saya menghasilkan projek ini dengan baik, mudah dan teliti. 

 

top

 

 


 

OBJEKTIF

Tajuk bagi kerja kursus sejarah saya ini ialah 'Peristiwa Bersejarah Di Shah Alam" di mana saya dikehendaki membuat kajian di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kajian yang dijalankan iaitu mengenai sejarah dan latar belakang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah berdasarkan kepada dua objektif kajian. Dua objektif kajian ini adalah objektif am dan objektif khas.

Objektif Am

  • Mengkaji sejarah bangunan
  • Mengkaji peranan dan manfaatnya
  • Mengkaji tentang latar belakang bangunan
  • Mengkaji tentang pengubahsuaian dan penjagaan bangunan

Objektif Khas

  • Meneliti mata pelajaran kerja kursus sejarah PMR sebagai komponen untuk menolong pemarkahan matapelajaran sejarah.
  • Meneliti keistimewaan rupa bentuk bangunan
  • Meneliti kepentingan peranan bangunan
  • Mengkaji manfaat yang diperolehi oleh penduduk tempatan dengan adanya bangunan masjid tersebut.

 

top

 

 


 

KAEDAH KAJIAN

 

 

Untuk mendapatkan maklumat dengan tepat, saya telah menjalankan kajian kerja kursus saya dengan berdasarkan kepada beberapa kaedah kajian. Kaedah ini adalah seperti:-

 

 

* Temuramah

Untuk mengetahui tentang keterangan dengan lebih lanjut, saya telah menemuramah beberapa orang sumber yang bernama Encik Manshor bin Yahya, sebagai pegawai pentadbir dan Encik Jaafar bin Haji Zakaria sebagai Pegawai Masjid Negeri.

 

 

* Catatan

Catatan telah dibuat semasa menjalankan rujukan buku dan semasa temuramah. Dalam keadaan ini, maklumat dapat diaturkan dengan cara sistematik.

 

 

* Pemerhatian

Pemerhatian sekeliling kawasan kajian telah dibuat untuk memerhatikan keadaan bangunan, rekabentuk dan anggaran saiz bangunan. Setelah pemerhatian ini dibuat, ia dicatatkan dan disemak dengan teliti.

 

 

* Semakan

Semua maklumat yang telah dicatatkan dikumpulkan dengan cara sistematik. Selepas itu, semakan dibuat. Penyediaan senarai semakan tugas saya juga dibuat untuk menelitikan semua maklumat yang telah disemak.

 

 

* Rujukan

Rujukan daripada buku-buku yang memberi panduan untuk kerja kursus saya ini dibuat. Selain daripada itu, rujukan kepada buku yang menerangkan mengenai bangunan yang   dikaji juga dibuat untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya.

 

 

 

top

 

 


 

LAPORAN KAJIAN

 

 

MASJID SULTAN SALAHUDDIN

 

Masjid Negeri Selangor Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam telah dirasmikan oleh DYMM Baginda Sultan Selangor pada 11 Mac 1988. Masjid ini merupakan menara tertinggi dan kubah masjid terbesar di dunia. Masjid berkubah biru di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam. Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 160 juta.

 

Masjid yang juga dikenali sebagai 'Masjid Biru' di kalangan pelancong ini, kubahnya yang mempunyai ketinggian 106 meter dari aras lantai dan mempunyai cirri-ciri menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan. Masjid ini berdiri megah dengan landskapnya yang indah dan terletak di sebahagian tasik Shah Alam dan tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.

 

Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai rasmi di Malaysia. Berdiri gagah di penjuru masjid ini ialah empat menara setinggi 143.75 meter bagi disesuaikan dengan kubah gergasinya. Masjid terbesar di Asia tenggara ini boleh memuatkan 24000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk akad nikah.

 

Ia menjanjikan panorama indah dengan wujudnya empat pancuran air berhampiran . Tidak kira ketika matahari terbit, terbenam atau di bawah cahaya bulan, masjid ini kelihatan begitu menakjubkan. Kecanggihan masjid ini lebih terserlah dengan 560 paip automatik bagi memudahkan jemaah mengambil wuduk.

 

SAUDARA BARU

 

Saudara-saudara baru (muallaf) tidak terkecuali mendapat  bimbingan dan tunjuk dari Pejabat Agama Islam Negeri. Mereka diajar secara mendalam tentang agama islam yang suci. Majlis agama islam Negeri Selangor telah membina dua buah surau di perkampungan orang asli di Bukit Lanjan dan Air Kuning Shah Alam. Mereka diajar bersolat, mengaji (muqaddam dan Al-Quran), mengadakan kursus Fardhu Ain dan kursus panduan rumahtangga. Manakala mata pelajaran agama Islam yang diajar seperti tauhid, feqah, akhlak dan lain-lain.

 

DASAR ATAU FALSAFAH

 

Pendidikan satu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu muslim mulmin secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani berdasarkan Al-Quran dan Hadith.

 

MATLAMAT

 

Ke arah melahirkan insan muslim yang berilmu, berakhlak mulia, beramal soleh dan layak untuk membangunkan masyarakat dan negara Malaysia.

 

STRATEGI

 

  • Memperbanyakkan kelas-kelas pengajian khasnya kepada jemaah supaya mereka dapat memperkembangkan ilmu kepada ahli keluarga masing-masing.
  • Mendapatkan tenaga pengajar yang berwibawa di dalam bidang masing-masing dan menumpukan bidang pengajian yang dapat menyelesaikan masalah ummah.
  • Meningkatkan taraf pengetahuan dan latihan kepada kakitangan supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan semasa dengan lebih canggih
  • Memperluaskan bidang perkhidmatan tradisi kepada bidang-bidang yang boleh menggerakkan dan bertindak kepada cabaran semasa seperti bidang korporat dan lain-lain
  • Menjadi institusi yang sentiasa bergerak maju selaras dengan dasar kerajaan Islam

 

STRATEGI MENCAPAI MAKLUMAT

 

  • Meningkatkan mutu pendidikan melalui kurikulum bersepadu dari peringkat hingga peringkat menengah atas
  • Mengurus hal ehwal pelajar dan kebanyakannya agar mereka mendapat kemudahan asas yang cukupdan pendidikan sempurna dapat dicapai
  • Mengurus program latihan profesional kepada guru-guru
  • Mengurus hal ehwal pelajar dan kebanyakannya agar mereka mendapat kemudahan asas yang cukup

 

Masjid Negeri menjadi kebanggaan rakyat Islam di negeri ini. Ia juga menjadi daya tarikan pelancong  untuk singgah ke negeri ini. Umat Islam seharusnya bersyukur dan menjadikan rumah Allah sebagai tempat menjalin perpaduan dan pengembangan Islam seluruhnya

 

FALSAFAH

 

  • Menggerakkan dan membangunkan ummah berasaskan al-Quran dan sunnah bagi meninggikan tamadun umat dan syiar Islam di negara ini

 

PERANAN MASJID

 

  • Tempat ibadah

 Peranan utamanya ialah sebagai tempat ibadah kepada kaum muslimin dan muslimat

  • Kumpulan sasaran

Banyak sasaran masjid negeri yang utama ialah jemaah-jemaah masjid yang terdiri daripada penduduk sekitar dan kebanyakannya masyarakat daripada golongan bersara lelaki dan perempuan

  • Belia

Golongan ini merupakan sasaran yang utama khasnya dalam memperlengkapi dengan ilmu-ilmu asas bagi mengetengahkan mereka dalam masyarakat.Misalnya majlis membaca doa urusan mayat, rumahtangga, tajwid dan lain-lain keperluan asas.

  • Kanak-kanak

Ia telah menjadi sebagai tanggungjawab umum kepada mana-mana masjid bagi mengadakan kelas peringkat awal al-Quran seperti kelas muqaddam. Masjid juga melaksanakan program menghafaz al-Quran. Ini serba sedikit dapat membantu ibu bapa menambah pelajaran-pelajaran al-Quran yang disediakan di sekolah-sekolah

  • Pelawat

 Pelawat-pelawat terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Para pelawat dari semasa ke semasa akan diberi penerangan mengenai aktiviti masjid dan kepada bukan Islam mereka akan diterangkan mengenai masjid ini dengan memasukkan unsur penerangan dakwah inconfrontational secara tak langsung kepada mereka

 

 

 

 

 

 

top

 

 


 

PERISTIWA YANG DIKAJI
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 

top

 

 


Lokasi & Latar Belakang Masjid

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terletak di seksyen 14, Jalan Persiaran Masjid, Shah Alam. Masjid ini adalah masjid negeri yang am bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Pembinaan masjid ini adalah di atas cadangan DYMM Sultan Selangor sendiri dengan kos pembinaan berjumlah RM 162 juta dan dirasmikan oleh baginda pada 11hb Mac 1988. Masjid ini dirancang oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 1972 dan merupakan bangunan yang pertama sekali dirancang oleh Jawatankuasa Perancang Negeri semasa Perancangan Perbandaran Shah Alam dijalankan.

Pembinaan masjid ini dimulakan pada 11 Oktober 1983. Struktur dan rekabentuk bangunan masjid ini direkabentuk oleh sistem komputer. Batu asas telah diletakkan oleh Tuanku Sultan Selangor bagi pembinaan pada 1hb Mac 1980 iaitu apabila kedudukan kewangan Kerajaan pada 1hb Oktober 1983. Masjid ini terletak di kawasan strategik kerana berdekatan dengan Menara Baru Majlis Perbandaran, Bangunan Perpustakaan Awam Negeri, Bangunan Muzium Negeri, dan Taman Tasik Shah Alam. Pada masa dahulu, kawasan letak masjid ini dikenali sebagai Sungai Renggam Estate yang ditanam dengan getah dan kelapa sawit.

Perhubungan dan pengangkutan jalanraya pusat bandar Shah Alam di mana letaknya masjid negeri dihubungkan terus melalui lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan Pelabuhan Klang.

top

Reka Bentuk Masjid

(Tulisan-tulisan khat yang teramat cantik ditulis di bahagian-bahagian masjid yang memberi kesan seribu makna kepada para jemaah.)

 

Idea pembinaan masjid ini dicetuskan oleh Sultan Selangor sendiri selepas baginda menyedari pentingnya sebuah masjid dibina di Shah Alam. Titah membina masjid negeri dikeluarkan baginda pada awal tahun 1975 selepas Shah Alam diisyhtiharkan ibu negeri Selangor pada 14 Februari 1974 menggantikan Kuala Lumpur. Selepas siap, masjid ini dinamakan "Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah" sempena kesungguhan baginda dalam menjayakan pembinaan masjid ini. Hakikatnya ilham baginda bukan sahaja dalam penubuhan masjid ini, malah bertindak sebagai orang yang menentukan reka bentuk dan hiasan dalaman masjid tersebut. 

Reka bentuk dan seni masjid dihasilkan oleh arkitek terkemuka tanah air, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Ia mengetengahkan campuran unsur kebudayaan Islam dan Melayu, khususnya dalam pembinaan lantai dewan utama dan rekaan dalaman. Masjid ini dikenali sebagai 'The Blue Mosque' oleh pelancong asing kerana ia menyerupai sebuah masjid di Istanbul, Turki.

Kubah masjid ini amat berbeza dengan masjid lain kerana didirikan menggunakan tiub aluminium dan dipotong seakan-akan kepingan marmar dengan warna kebiruan. Kubah ini diletakkan di bahagian tengah dewan sembahyang utama dan mempunyai ketinggian 106 meter dari aras lantai. Kos kubah itu dianggarkan bernilai RM 18 juta. Keindahan seni khat dapat dilihat di bahagian luar dan dalam kubah di samping dewan solat utama. Seni khat dan tulisan tangan ini dihasilkan oleh penulis khat terkenal Mesir, Sheikh Abdul Moneim Ali El-Sharkawi. Masjid ini dikenali sebagai masjid terbesar di Asia Tenggara dan antara tercantik di dunia.

Empat menara yang mempunyai ketinggian 143,75 meter turut diiktiraf sebagai menara masjid tertinggi di dunia. Lambang bulan sabit yang terletak di atas kubah diperbuat daripada bahan berkulit emas dan berbentuk tebal dengan maksud ia boleh dilihat dari jarak jauh.

top

Pekerjaan Penduduk

Pekerjaan buruh dan pegawai kerajaan adalah pekerjaan utama bagi penduduk di kawasan Shah Alam. Shah Alam dibahagikan kepada kawasan perindustrian, perdagangan dan pentadbiran. Kawasan perindustrian yang terdapat di Shah Alam terbahagi kepada kilang-kilang seperti membuat kereta Proton, kilang membuat komponen, kilang minuman dan lain-lain lagi yang memerlukan tenaga buruh yang ramai. Manakala pada bahagian pentadbiran pula, terdapat pejabat-pejabat kerajaan terutamanya di seksyen 14 seperti di Wisma Majlis Perbandaran Shah Alam dan beberapa pejabat seperti Pejabat Pendaftaran Negeri, Pejabat Pendidikan Selangor dan lain-lain lagi. Oleh itu, bilangan pekerja buruh dan pegawai kerajaan adalah lebih banyak dan merupakan pekerjaan utama di kawasan Shah Alam.

top

Sistem Pentadbiran Masjid

Sistem pentadbiran masjid ini terdiri daripada dua jenis pentadbiran iaitu pentadbiran Dasar dan pentadbiran Pejabat adalah seperti berikut:

Pentadbiran Dasar

Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Tadbir Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jawatankuasa ini adalah sebuah jawatankuasa induk. Selain daripada itu, terdapat juga jawatankuasa kecil iaitu:-

  • Jawatankuasa Kecil Pembangunan & Pentadbiran
  • Jawatankuasa Kecil Kewangan
  • Jawatankuasa Kecil Pengajian dan Dakwah
  • Jawatankuasa Kecil Urus Senggara.

Pentadbiran Pejabat

Imam Besar adalah ketua bagi pentadbiran pejabat yang menguruskan Hal Ehwal Agama. Imam-imam, bilal-bilal dan naja adalah pegawai di bawah Imam Besar. Sementara urusan kewangan dan pentadbiran diketuai oleh pegawai tadbir masjid negeri dan pegawai-pegawai lain ialah kerani dan pelayan pejabat.

 

top

Kemudahan Asas

Terdapat berbagai-bagai jenis kemudahan asas di kawasan ini seperti jalan raya, telefon awam, bank, restoran dan pejabat kerajaan. Semua kemudahan ini adalah terletak di Shah Alam. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan berikut ialah:-

::Jalan Raya::

Jalan raya utama yang terdapat di pusat bandar Shah Alam iaitu seksyen 14 ialah Jalan Masjid, Jalan Indah, Jalan Perhimpunan dan lain-lain. Persiaran-persiaran yang ada adalah seperti Persiaran Damai, Persiaran Perbandaran, Persiaran Dato Menteri, Persiaran Sultan dan Persiaran Masjid. Jalan-jalan ini merupakan jalan raya utama yang menghubungkan semua kawasan bandar dan seksyen-seksyen ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

::Telefon Awam::

Telefon awam telah banyak diletakkan di sekitar seksyen 14. Ia merupakan perhubungan yang paling mudah dan berkesan. Kebanyakan telefon awam ini terdapat di sekeliling tasik-tasik, kompleks dan yang terutamanya di sekeliling masjid. Di dalam masjid juga terdapat kemudahan telefon awam untuk memudahkan perhubungan masyarakat.

::Bas Awam::

Bas-bas di Shah Alam kebanyakkannya adalah bas mini yang hanya terdapat di sekitar kawasan Shah Alam. Bagi pengangkutan ke kawasan bandar lain, bas yang terdapat ialah bas besar. Kebanyakkan daripada perhentian ini terletak di seksyen 14 kerana kawasan ini adalah pusat bandar Shah Alam.

:: Restoran::

Kemudahan restoran yang paling terkenal di Shah Alam ialah Restoran Terapung yang terletak di Tasik Indah. Selain daripada itu terdapat juga restoran yang lain.

::Pejabat Kerajaan::

Pejabat yang terdapat di Shah Alam ialah Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendaftaran. Pejabat ini memberi kemudahan seperti pendaftaran, permohonan, pendidikan dan lain-lain.

::Program-program::

  • Kuliah Khusus dan Umum

Biasanya kuliah ini

top

 

TOKOH NEGARA
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957- 1970)

 

top

 

 


Pengenalan Tokoh

Seorang putera raja yang telah mengaturkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Beliau adalah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Allahyarham merupakan putera Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah dan ibunya bernama Cik Manjalara seorang puteri Ketua Negeri Martaban, dalam jajahan Siam.

Pada masa beliau berumur 45 tahun, beliau telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt Syed Alwi Barakbah. Walaubagaimanapun, Allayarham Tunku Abdul Rahman pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allayarham Tunku Abdul Rahman pernah juga berkahwin dengan Violet Calson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak kekal.

Penglibatan beliau dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaya, meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh rasa hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

top

Pencapaian Tokoh

Allahyarham YTM Tunku telah banyak mendapat berbagai-bagai pengiktirafan, anugerah-anugerah dan pangkat sejak 1920-an lagi. Ini dapat membuktikan beliau mempunyai pendidikan yang sangat tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika Allahyarham Tunku berjaya membebaskan negara kita dengan kebijaksanaannya.

Beliau pernah menyertai Majlis iaitu sebuah persatuan pelajar India-Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama.

Sekembalinya ke tanah air dari England pada tahun 1931, Tunku memasuki perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah Kuala Muda.

Pada tahun 1947, Tunku sekali lagi ke England dan telah lulus Cambridge University dan ditauliahkan sebagai peguam pada tahun 1949. Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur. Semasa pemerintahan Jepun, beliau telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran Negeri Kedah.

Allahyarham Tunku telah menjadi Presiden UMNO pada 20 Ogos 1951 selepas Dato' Onn Jaafar. Hasil rundingan beliau dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyarham Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

 

top

Sumbangan Tokoh

Sepanjang penglibatan beliau dalam politik, Tunku banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan. Demi perpaduan Tanah Melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar, Kedah serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO. Sebagai seorang tokoh yang berjaya, beliau turut dikenal sebagai Bapa Keamanan dan Perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.

 

Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara. Sebagai contoh, pada tahun 1955, Tunku sebagai ketua menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak Parti Komunis Malaya. Walaupun rundingan ini gagal, tetapi telah mencipta imej beliau sebagai pecinta kedamaian. Tunku akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik. Sumbangan beliau merupakan satu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.

 

Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam. Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan membaca Al-Quran. Beliau pernah menjadi presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 29 Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua negara Islam. beliau  telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Negara-negara Islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.

 

Di bawah pimpinan beliau, pertubuhan ini berjaya menarik lebih 41 buah negara Islam menyertainya. Selepas bersara, beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan Islam. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah Hijrah pada bulan Mac 1983, dan Anugerah Al-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.

 

top

Appendix
Kelas Fardhu Ain yang Disertai Generasi Muda
Seni Bina Islam yang Halus dan Tinggi Nilai Seninya
Carta Organisasi Kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pelan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Raja-raja Melayu Bergambar Bersama-sama Pegawai-pegawai Tinggi British Selepas Istiadat Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957

 

top