Kajian tokoh tempatan, Zainal Abidin Bin Ahmad

 

Created by: Asyrani Syazana Bte Aminar Rashid Form: 3 School: 7 Email: asyrani@yahoo.com

 

Isi kandungan


 

  1. Penghargaan
  2. Objektif kajian
  3. Kaedah kajian
  4. Laporan kajian
    • Nama tokoh
    • Biodata dan latar belakang tokoh
    • Kejayaan tokoh
    • Sumbangan tokoh terhadap masayarakat setempat/negeri/negara/peringkat kebangsaan
    • Sifat-sifat istimewa tokoh
  5. Lampiran
  6. Rujukan

 

 

top

 

 


 

Penghargaan


 

Saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi menulis Kajian Tokoh Tepatan ini. Sehubungan dengan itu, saya merakamkan rasa terhutang budi dan ribuan terima kasih kepada guru saya dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama kepada saya.

 

top

 

 


 

Objektif kajian


 

Melalui kajian ini, saya berharap agar dapat memenuhi beberapa objektif yang telah ditetepkan, iaitu:

  • mencari dan mengumpul fakta sejarah dari sumber yang sahih
  • mengelas, menganalisa dan menafsir fakta sejarah secara rasional
  • mengamalkan nilai murini dan unsur patrotisme

 

top

 

 


 

Kaedah kajian

Semasa menjalankan kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:

  • Melayari laman-laman web
  • Merujuk kepada jurnal yang berkaitan
  • merujuk kepada buku yang berkaitan

 

top

 

 


 

Nama tokoh
Nama sebenar tokoh tempatan yang dikaji saya ialah Zainal Abidin Bin Ahmad. Nama gelaran beliau ialah Za'ba.

 

top

 

 


 

Biodata dan latar belakang tokoh

Pada 16 September 1895, bersamaan 26 Rabiul Awal, Tahun Hijrah 1313, Za'ba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jemmpol, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

 

top

 

 


 

Pendidikan tokoh

ZA'ba mendapat pendidikan yang baik dan seimbang antara pendidikan agama dan pendidikan moden yang diperknalkan oleh pemerintahan kolonial.

Di antara institusi-institusi yang beliau pernah menimba ilmu iailah:

  • Sekolah Batu Kikir, Daearah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • St. Paul Institution
  • School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

 

top

 

 


 

Pekerjaan tokoh

Za'ba bekerja sebagai guru sejak mula lagi. Di antara institusi pangajian yang pernah beliau curahkan ilmu ialah:

  • English College, Johor Bahru
  • Malay College, Kuala Kangsar
  • School of Oriental African Studies (SOAS), University of London

Beliau pernah bekerja sebagai penterjemah di 2 institusi berikut:

  • Sultan Idris Training College, Tanjung Malim
  • Pejabat Penerangan Singapura
  • Syonan Simbun (Strait Times)

 

top

 

 


 

Kejayaan tokoh

Za'ba ialah seorang sarjana yang aktif dalam pelbagai bidang samada agama, politik atau kesusateraan.

Politik

Za'ba bergiat aktif dalam politik dan memberikan sumbangan yang amat besar iaitu mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara. Beliau juga menjadi penggerak utama dalam penubuhan Parti UMNO. Hasil perjuangan beliau juga, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya juga ditubuhkan. Beliau juga turut menyumbang dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kesusasteraan

Za'ba telah banyak menghasilkan penulisan berkaitan bahasa Melayu sepanjang hayatnya. Antara hasil yang terkemuka termasuk Tatabahasa Melayu dan Pelita Bahasa.

 

top

 

 


 

Sumbangan tokoh terhadap masyarakat setempat/negeri/negara/peringkat kebangsaan
Kitab Pelita Bahasa Melayu sejumlah tiga pengal telah menjadi mercu tanda dalam sejarah penulisan karya tatabahasa. Usaha Za'ba dalam menghasilkan karya tentang keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah memyumbang kepada pertumbuhan pesat dalam pengajaraan dan pembelajaran bahsa Melayu.

 

top

 

 


 

Sifat-sifat istimewa tokoh

Za'ba merupakan seorang yang sangat rendah diri. Walaupun beliau telah banyak berjasa kepada pertumbuhan bahasa Melayu, tetapi beliau masih berasa bahawa ada kekurangan dalam penulisannya dan berharap agar orang lain dapat memperbaik hasilnya pada masa yang akan datang.

Beliau seorang yang pemurah dan banyak mendermakan wang kepada kolej-kolej untuk menjadi biasiswa kepada anak-anak miskin demi mencapai hasrat pembelajaran mereka.

Beliau juga seorang yang tidak pernah putus asa dalam mengerjakan cita-citanya untuk meningkatkan status bahasa Melayu walaupun pada peringkat mulanya ramai yang tidak mengendahkan usahanya.

Za'ba juga seorang yang taat kepada negara. Beliau bergiat aktif dalam Parti UMNO dan berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan.

 

top

 

 


 

Lampiran
a

 

top

 

 


 

Rujukan

Saya telah menggunakan beberapa rujukan untuk menyiapkan folio ini. Antaranya ialah:

  1. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 4, R.Z
  2. Bibliografi Wajah (Biografi 100 Penulis)
  3. Majalah Dewan Masyarakat
  4. Buku Ulangkaji TOTAL Sejarah 1.2.3
  5. Buku Tokoh-tokoh Tempatan di Perpustakaan Raja Tun Uda

 

 

top